Tuesday, May 11, 2021

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri


Kedatangan 1 Syawal 1442 Hijrah bersamaan 13 Mei 2021 Masihi sememangnya amat dinanti-nantikan kerana umat Islam di seluruh dunia mahupun di Malaysia akan merayakan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan selepas melaksanakan tuntutan agama yang juga antara lima Rukun Islam iaitu menunaikan ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadan.

Dikesempatan ini juga kami warga SPARK mengucapkan Seelamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. Jangan lupa untuk mengamalkan norma baharu. Terapkan amalan penjagaan diri dan teruskan jarakan sosial. Bersama-sama hentikan penularan wabak COVID-19.

Yang jauh itu Waktu, 
Yang dekat itu Mati, 
Yang besar itu Nafsu, 
Yang berat itu Amanah, 
Yang mudah itu Berbuat Dosa, 
Yang panjang itu Amal Soleh, 
Yang indah itu Saling Memaafkan. 
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin....


0 comments:

Post a Comment