Wednesday, July 11, 2018

Hari Keusahawanan dan Diskusi

Pada 8 Julai 2018 Hari Keusahawanan dan Hari Terbuka SMK Parit Betak telah berjaya dilangsungkan. Sebanyak lebih kurang 25 gerai jualan mendapat sambutan daripada ibu bapa dan pelajar. Program Hari Keusahawanan ini anjuran Unit Kokurikulum SMK Parit Betak.





Antara gerai yang mendapat sambutan hangat ialah gerai ayam goreng gunting, burger, air, ice blended dan sosej. Gerai dibuka seawal 8 pagi dan pelajar tidak melepaskan peluang untuk mempamerkan bakat mereka dalam perniagaan.





Selain daripada itu terdapat juga pameran dari Agensi-agensi kerajaan yang telah melibatkan diri seperti Bomba Rengit , Klinik Kesihatan Parit Ismail dan Penjara Simpang Renggam. Tidak ketinggalan juga pihak sekolah telah menjemput wakil-wakil dari IPTA dan IPTS bagi memberi taklimat kepada ibu bapa tentang penerangan hala tuju anak-anak mereka selepas tamat tingkatan 5.


Dalam masa yang sama, guru-guru kelas sibuk berbincang dengan ibu bapa pelajar tentang prestasi pelajaran anak-anak mereka. Keadaan adalah tenang dan terkawal. Dapatlah ibu bapa mengetahui maklumat terkini tentang prestasi akademik anak-anak  mereka. 

Sekolah juga menerima kunjungan pelajar-pelajar dari sekolah berhampiran dan bekas-bekas pelajar. 

Semoga pengalaman yang diperoleh oleh pengendali gerai akan memantapkan ilmu keusahawanan dalam diri pelajar demi kebaikan mereka.

3 comments:

  1. Salam warga smkptbetak. Jika tidak keberatan, boleh saya tahu adakah Cikgu Rozita Binti Manan masih bertugas di sekolah anda? Saya bekas pelajar Cikgu Rozita di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda, JB sesi 1995/99..
    Terima kasih banyak di atas bantuan anda semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, saya sudah mendapat nombor cikgu rozita manan. Terima kasih semua

      Delete
  2. Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.

    ReplyDelete