SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SMK PARIT BETAK

SMK Parit Betak, 82210, Benut, Pontian, Johor Darul Takzim.

"SPARK ONE GOAL"

Saturday, March 25, 2017

Tahniah Dan Syabas SPM 2016


Tahniah dan syabas kepada semua pelajar SPM 2016. Kepada pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang Tahniah diucapkan dan kepada pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan jangan berputus asa, perjalanan hidup anda masih panjang. Kami pihak sekolah sentiasa medoakan kejayaan anda dimasa akan datang.

Wednesday, March 1, 2017

Kejohanan Olahraga Balapan Dan Padang

Kejohanan Balapan & Padang SMK Parit Betak, Pontian kali ke-39 telah berjaya diadakan di padang sekolah pada hari Isnin 27hb Februari 2017. Pada tahun ini, Dato' Saebah Bt Abd Rahim , P.A Founder DMS360 dan juga bekas pelajar sekolah telah merasmikan kejohanan pada pagi itu bersama-sama dengan Yang Dipertua PIBG Dato' Jahis Bin Othman.

Kejohanan yang bermula 7.30 pagi menyaksikan 10 kontigen Pasukan Unit Beruniform dan Rumah Sukan mengambil bahagian dalam pertandingan perbarisan dan persembahan kawad formasi. Setiap pasukan Rumah Sukan betemakan kesenian. Kesemua pasukan perbarisan telah berjaya memberikan persembahan yang menarik dan menunjukkan semangat kesukanan.

Kejohanan pagi itu, diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang. Keseluruhannya, kita dapat menyaksikan kemeriahan Kejohanan Balapan & Padang SMK Parit Betak kali ke-39 dan sepanjang kejohanan ini berlangsung, para pelajar telah berjaya mewujudkan semangat kesukanan dan menonjolkan bakat dan kebolehan dalam bidang olahraga. 

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan kejohanan tahun ini.