SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SMK PARIT BETAK

SMK Parit Betak, 82210, Benut, Pontian, Johor Darul Takzim.

"SPARK ONE GOAL"

Sunday, April 29, 2018

Majlis Perasmian Dewan Serbaguna SMK Parit Betak




Majlis Perasmian Dewan Serbaguna SMK Parit Betak

Tarikh : 25 April 2018

Hari : Rabu

Masa : 4.00 Petang

Perasmi : YAB Timbalan Perdana Menteri ( Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi )







" SPARK ONE GOAL "




Saturday, April 28, 2018

Pertandingan kawad kaki peringkat Daerah Pontian

Pertandingan kawad kaki sekolah peringkat daerah pontian telah diadakan di SMK Teluk Kerang pada 19 April 2018. SMK Parit betak telah menghantar 2 pasukan kawad terdiri daripada pasukan kawad KRS dan Puteri Islam.



Pada pertandingan tersebut SMK Parit Betak telah dinobatkan JOHAN bagi kedua-dua kategori yang dihantar. SMK Parit betak juga telah menggondol Ketua komandan terbaik bagi kedua-dua pasukan.






TAHNIAH DIUCAPKAN.


"SPARK ONE GOAL"

Majlis Kecemerlangan Pelajar 2017 Mesyuarat PIBG Kali Ke-41

Pada hari Sabtu, 31 Mac 2018, Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Betak telah melangsungkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah pelajar 2017 dan Mesyuarat PIBG kali ke-41. Majlis itu bermula seawal 8.00 pagi dengan kehadiran para ibu bapa yang turut meraikan majlis .Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akedamik dan kokurikulum. penganugerahan ini juga diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang.






Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akedamik dan kokurikulum. penganugerahan ini juga diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang.






Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan oleh pengurusi PIBG dan diikuti ucapan Tuan Pengetua SMK Parit Betak. Tepat pukul 9.30 pagi upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Pontian Mohd Shukri Bin Mohd Masbah.
Acara kemuncak ialah upacara penyampaian sijil kepada semua murid SPM 2017 yang cemerlang dan lulus dalam bidang peperiksaan SPM 2017. Murid-murid yang aktif dan cemerlang dalam bidang kokurikulum turut menerima hadiah. 




Mesyuarat PIBG dijalankan selepaskan acara penyampaian sijil kecemerlangan. Dipenghujung majlis diadakan cabutan bertuah.




Majlis ini berlansung dengan lancar dan meriah sekali. Diharapkan agar majlis seperti ini menjadi pendorong pada muri-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang