Monday, February 15, 2016

Sejarah Sekolah

          SMK Parit Betak telah didirikan pada tahun 1972. Semasa mencari tapak untuk membina sekolah ini, terdapat dua cadangan iaitu dibina di Seri Merlong dan satu lagi tapak sekolah sekarang.Kedudukan tapak sekolah ini dipersetujui diletak lebih kurang 13km dari pekan Benut, kedukannya berada ditengah-tengah kawasan beberapa kampung menjadikan tempat iniamat sesuai untuk didirikan sebuah sekolah menengah bagi anak-anak penduduk kawasan ini.Kedudukan tapak sekolah ini amat unik kerana tapak sekolah berada di Daerah Pontian manakala dihujung padang sekolah ini dan tapak pertanian berada didaerah Batu Pahat.Akhirnya sekolah ini dibina atas usaha YB Dato Jalok Bin Daing Malibok yang menjadi wakil rakyat kawasan ini pada masa itu bersama-sama dengan ahlijawatankuasa Kampung Parit Betak bagi menampung pelajar sekolah rendah berhampiran untuk menyambung pelajarannya di peringkat menengah.Pada masa awal penubuhannya, pelajar sekolah-sekolah ini hanya belajar sehingga tingkatan tiga sahaja.
              Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Parit Betak.Nama Parit Betak pada nama sekolah ini pula diambil sempena nama Kampung Parit Betak.

0 comments:

Post a Comment