SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SMK PARIT BETAK

SMK Parit Betak, 82210, Benut, Pontian, Johor Darul Takzim.

"SPARK ONE GOAL"

Monday, May 14, 2018

Pertandingan Cabaran Keselamatan Siber Nasional 2018 (CAKNA 2018)



Tahniah diucapkan kepada Adik Nur Syazana Bt Ismail yang telah mendapat tempat Kedua dalam Pertandingan Cabaran Keselamatan Siber Nasional 2018 (CAKNA 2018) peringkat negeri Johor.







Lawatan Balas PIBG SMK Parit Betak Ke SMK Bandar Mas Kota Tinggi.

Seramai lebih kurang 40 orang yang terdiri daripada pentadbir, guru-guru, staf dan PIBG telah mengadakan lawatan balas ke SMK Bandar Mas, Kota Tinggi.



Semasa rombongan tiba ke SMK Bandar Mas, mereka telah dialu-alukan oleh warga sekolah berkenaan dengan barisan pelajar dan guru-guru dengan paluan kompang dan seterusnya dimeriahkan dengan persembahan seni silat dari pelajar-pelajar sekolah tersebut.


Semasa lawatan, rombongan berpeluang menyaksikan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah serta menyaksikan pameran hasil kerja pelajar-pelajar, kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sekolah berkenaan. Rombongan juga telah diberikan taklimat mengenai latar belakang sejarah sekolah seterusnya dibawa melawat kekawasan sekolah.





Diakhir pertemuan Pengetua sekolah tersebut telah memberi ucapan kata dua dan mengucapkan Terima Kasih atas lawatan balas yang telah dibuat. Semoga jalinan persahabatan yang telah dibentuk akan dapat diteruskan.



" SPARK ONE GOAL "