SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SMK PARIT BETAK

SMK Parit Betak, 82210, Benut, Pontian, Johor Darul Takzim.

"SPARK ONE GOAL"

Wednesday, July 11, 2018

Hari Keusahawanan dan Diskusi

Pada 8 Julai 2018 Hari Keusahawanan dan Hari Terbuka SMK Parit Betak telah berjaya dilangsungkan. Sebanyak lebih kurang 25 gerai jualan mendapat sambutan daripada ibu bapa dan pelajar. Program Hari Keusahawanan ini anjuran Unit Kokurikulum SMK Parit Betak.





Antara gerai yang mendapat sambutan hangat ialah gerai ayam goreng gunting, burger, air, ice blended dan sosej. Gerai dibuka seawal 8 pagi dan pelajar tidak melepaskan peluang untuk mempamerkan bakat mereka dalam perniagaan.





Selain daripada itu terdapat juga pameran dari Agensi-agensi kerajaan yang telah melibatkan diri seperti Bomba Rengit , Klinik Kesihatan Parit Ismail dan Penjara Simpang Renggam. Tidak ketinggalan juga pihak sekolah telah menjemput wakil-wakil dari IPTA dan IPTS bagi memberi taklimat kepada ibu bapa tentang penerangan hala tuju anak-anak mereka selepas tamat tingkatan 5.


Dalam masa yang sama, guru-guru kelas sibuk berbincang dengan ibu bapa pelajar tentang prestasi pelajaran anak-anak mereka. Keadaan adalah tenang dan terkawal. Dapatlah ibu bapa mengetahui maklumat terkini tentang prestasi akademik anak-anak  mereka. 

Sekolah juga menerima kunjungan pelajar-pelajar dari sekolah berhampiran dan bekas-bekas pelajar. 

Semoga pengalaman yang diperoleh oleh pengendali gerai akan memantapkan ilmu keusahawanan dalam diri pelajar demi kebaikan mereka.