Saturday, February 4, 2017

Program Jom Kesekolah


En Zulnuraini membaca teks mewakili pihak PDRM

Dalam usaha meningkatkan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum sekolah serta pembinaan sahsiah murid yang mantap, Program ‘Jom Ke Sekolah 2017’ dilancarkan di seluruh negara termasuk di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Betak kelmarin.
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof berkata melalui program itu warga sekolah dapat menyediakan saluran sesuai menerima aduan dan menyelesaikan masalah berkaitan disiplin murid.
“Ia sekali gus mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama lebih mantap antara pihak sekolah dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), malah dapat membantu mencegah salah laku disiplin murid terlibat dalam kegiatan jenayah.
“Ini termasuk perlakuan menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada dalam atau luar sekolah dan terus menggerak penggunaan Peti Aduan Disiplin Murid di sekolah,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Guru Penolong Kanan 1 SMK Parit Betak En Ismail Bin Ketang.
Turut hadir  Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Parit Betak, YH Dato' Jahis Bin Othman mewakili PIBG SMK Parit Betak.
Acara Perasmian oleh PIBG dan GPK 1

Sementara Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam teks ucapan yang dibacakan oleh ASP Zulkifli Mohamad berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) prihatin terhadap kejadian-kejadian jenayah dan salah laku kalangan generasi muda khususnya murid sekolah.
Katanya kerjasama antara pihak sekolah dan PDRM (melalui PPS) mampu membendung salah laku disiplin si kalangan murid daripada berleluasa.
“Antara tugas PPS ialah mengumpul maklumat daripada sekolah untuk diambil tindakan jika perlu, melakukan rondaan atau lawatan berjadual di kawasan sekolah dan memberi ceramah berkaitan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah,” ujarnya.
Simbolik Perasmian 

Jelasnya, keselamatan sekolah sangat mempengaruhi suasana pembelajaran murid sekali gus melalui program dirancang menyemai sikap kesedaran murid terhadap tanggungjawab mereka kepada sekolah dan negara.
Beliau berkata kerjasama PPS dan pihak sekolah menjayakan Program Jom Ke Sekolah dapat menangani sebarang isu atau masalah disiplin di kalangan murid melalui Peti Aduan Disiplin Murid yang diwujudkan di sekolah-sekolah.
Peti Aduan

0 comments:

Post a Comment