Wednesday, August 31, 2016

Sambutan Hari Kemerdekaan ( Program Guyup Merdeka )




     Setiap tahun, pada 31 Ogos, negara kita menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan. Perayaan ini disambut sebagai memperingati tarikh negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada hari tersebut.

      SMK Parit Betak telah mengadakan  Sambutan Hari Kemerdekaan pada 30 Ogos 2016. Sambutan dimulakan dengan bacaan doa dan tahlil ringkas yang diketuai oleh Ustaz Abd Samad Bin Abd Talib, persembahan deklamasi sajak kemerdekaan beserta sketsa oleh pelajar Tingkatan 4 Bukhari. Majlis sambutan kemerdekaan diteruskan dengan  ucapan Wakil PIBG dan Guru Penolong Kanan 1. Kemudian murid-murid, warga sekolah dan wakil-wakil PIBG mengibarkan Jalur Gemilang  sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik iaitu Tanggal 31 dan Jalur Gemilang. Murid-murid gembira dan bangga apabila mendengar lagu berkumandang di udara. Perasaan kasih dan cintakan negara tertanam dalam jiwa murid-murid. Tamat nyayian Guru Penolong Kanan 1 dan Wakil Pibg melepaskan peserta Konvoi berbasikal Guyup Merdeka ke masjid jamek Kg Parit Betak bagi menjalankan aktiviti gotong royong membersihkan masjid.

        Semoga dengan program yang dijalankan dapat menanam sifat cintakan negara para pelajar serta masyarakat sekeliling. Salam Sehati Sejiwa.





0 comments:

Post a Comment