Saturday, February 20, 2016

Minggu Anti Dadah

Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan.   Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat.   Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.
Pelajar melihat Poster pameran.
Para Guru dan Staf diberi penerangan Oleh kakitangan AADK Pontian
Poster yang dipamerkan Oleh AADK Pontian.
Antara peralatan yang dipamerkan

Pelajar diberi keterangan oleh Kakitangan AADK Pontian mengenai Dadah.





0 comments:

Post a Comment