Saturday, April 28, 2018

Majlis Kecemerlangan Pelajar 2017 Mesyuarat PIBG Kali Ke-41

Pada hari Sabtu, 31 Mac 2018, Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Betak telah melangsungkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah pelajar 2017 dan Mesyuarat PIBG kali ke-41. Majlis itu bermula seawal 8.00 pagi dengan kehadiran para ibu bapa yang turut meraikan majlis .Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akedamik dan kokurikulum. penganugerahan ini juga diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang.






Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akedamik dan kokurikulum. penganugerahan ini juga diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang.






Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan oleh pengurusi PIBG dan diikuti ucapan Tuan Pengetua SMK Parit Betak. Tepat pukul 9.30 pagi upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Pontian Mohd Shukri Bin Mohd Masbah.
Acara kemuncak ialah upacara penyampaian sijil kepada semua murid SPM 2017 yang cemerlang dan lulus dalam bidang peperiksaan SPM 2017. Murid-murid yang aktif dan cemerlang dalam bidang kokurikulum turut menerima hadiah. 




Mesyuarat PIBG dijalankan selepaskan acara penyampaian sijil kecemerlangan. Dipenghujung majlis diadakan cabutan bertuah.




Majlis ini berlansung dengan lancar dan meriah sekali. Diharapkan agar majlis seperti ini menjadi pendorong pada muri-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang

0 comments:

Post a Comment