Sunday, October 9, 2016

Hari Sukan Negara 2016

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Pada 8 Oktober 2016 bagi menyahut seruan Kementerian Belia dan Sukan SMK Parit Betak telah mengadakan pelbagai aktiviti sukan antaranya senamrobik,badminton, bolasepak dan lain-lain lagi. Kesemua warga SMKPB adalah diwajibkan melibatkan diri sekurang-kurangnya 1 sukan. Acara disambut dengan sangat meriah dan penuh dengan semangat kesukanan.

Senamrobik

Acara frisbe

Badminton

Senamrobik 

0 comments:

Post a Comment