Sunday, October 22, 2017

Projek Mesra OKU


Bagi menyahut saranan Kementerian Pendidikan yang mensasarkan semua sekolah di negara ini dilengkapi kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) menjelang 2020, SMK Parit Betak telah  mengambil langkah awal dengan menyediakan tempat letak kenderaan khas untuk golongan OKU.


Tempat letak kenderaan OKU ini dibuat bersebelahan dengan bangunan pejabat bagi memudahkan golongan tersebut ketika berurusan dengan pejabat sekolah.


Kemudahan ini akan dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa bagi memudahkan golongan OKU apabila berurusan disekolah. 



0 comments:

Post a Comment