Sunday, October 8, 2017

Lawatan PIBK Smk Bandar Mas ke Smk Parit Betak dalam program Silang Muafakat



Pada 5 Oktober 2017 SMK Parit Betak telah menerima rombongan lawatan PIBK SMK Bandar Mas Kota Tinggi, Johor diatas program Silang Muafakat. Program bertujuan bagi mengenalpasti elemen sokongan serta faktor penyumbang kejayaan dan kesepakatan masyarakat dan warga pendidik. 



Warga pendidikan khususnya yang terlibat secara langsug dalam pengurusan inisiatif PIBK akan dapat memperoleh maklumat, dapatan baru serta berkongsi dengan sekolah masing-masing hasil perkongsian tersebut. Program ini juga turut memperkenalkan konsep pembinaan pasukan dan kepimpinan setempat kepada pihak luar yang di lawati.

Pada program tersebut masing-masing akan bertukar maklumat dalam sesi silang interaksi dan perkongsian pintar serta soal jawab dalam pembentangan amalan terbaik.








Semoga program ini dapat memberi impak yang baik serta memberi kejayaan untuk kedua-dua sekolah.



0 comments:

Post a Comment