Bulan Ramadan bulan diturunkan Al-Quran. Pada bulan yang mulia ini umat Islam mengambil manfaat dengan kehadiran bulan yang penuh barakah ini dengan membaca dan khatam al-Quran. Murid-murid serta Guru dan Staf SMK Parit Betak juga tidak ketinggalan mengimarahkan kehadiran bulan mulia ini.
Program Khatam Al-Quran dijalankan sepanjang bulan Ramadan dan dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Islam SMK Parit Betak. Ia dijalankan semasa waktu rehat setiap hari persekolahan.
Semoga murid-murid akan sentiasa membaca Al-Quran selepas berakhirnya bulan Ramadhan dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup mereka.
0 comments:
Post a Comment