SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SMK PARIT BETAK

SMK Parit Betak, 82210, Benut, Pontian, Johor Darul Takzim.

"SPARK ONE GOAL"

Wednesday, September 6, 2017

TAHNIAH diucapkan kepada Pasukan Kadet Puteri Islam SMKPB.

TAHNIAH diucapkan kepada Pasukan Kadet Puteri Islam kerana telah berjaya merangkul Naib Johan dalam pertandingan kawad kaki pasukan badan beruniform badan bukan kerajaan ( NGO ) sekolah menengah Peringkat negeri Johor 2017.

Kejayaan ini semestinya satu pencapaian yang amat bernilai hasil daripada usaha padu pelajar serta sokongan daripada guru dan ibu bapa.

SYABAS diucapkan atas kejayaan Pasukan Kadet Puteri Islam mengharumkan nama SMK Parit Betak, daerah Pontian dan seluruh warga SMK Parit Betak.





Thursday, August 31, 2017

Kayuhan Merdeka Merentasi 3 Daerah


Pada 25.8.2017 telah berlangsungnya program kayuhan tiga daerah yang melalui daerah Kluang Pontian dan Batu Pahat sempena hari kemerdekaan yang bakal menjelang...Tuan Pengetua telah melepaskan kayuhan tiga daerah ini tepat jam 8 pagi..






Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha


Hayatilah erti pengorbanan sebenar. Ibadah korban juga merupakan salah satu tanda syukur atas segala nikmat yg dikurniakanNya. Seluruh warga SMK Parit Betak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1438H kpd seluruh umat Islam.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-60 Malaysia.

Dirgahayu Malaysiaku. Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 60.