SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SMK PARIT BETAK

SMK Parit Betak, 82210, Benut, Pontian, Johor Darul Takzim.

"SPARK ONE GOAL"

Saturday, August 13, 2016

Tahniah Pasukan Kadet Remaja Sekolah SMK Parit Betak


JOHAN KAWAD KAKI KRS PERINGKAT NEGERI JOHOR


Pasukan ini akan mewakili Johor dalam Pertandingan Kawad Kaki KRS peringkat kebangsaan. Pasukan ini telah mendapat markah 75.07 sekaligus memenangi pertandingan tersebut.






Perkhemahan Perdana Badan Beruniform


Perkhemahan Perdana Badan Beruniform SMK Parit Betak telah diadakan pada 11-12 ogos 2016. Seramai 160 orang pelajar terlibat terdiri daripada 7 platun Unit Beruniform. Perkhemahan ini berkonsepkan pertandingan perkhemahan,kepimpinan,disiplin dan gembira melakukan semua aktiviti tanpa tekanan.





Saturday, July 2, 2016

Salam Aidilfitri


Pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin buat seluruh warga SMK Parit Betak. Semoga ukhwah yang terjalin di antara guru-guru serta murid-murid, ibu bapa dan masyarakat setempat akan bertambah rapat di hari mulia ini. Sama-samalah kita melaksanakan tanggungjawab demi kecemerlangan anak-anak kita di dunia dan akhirat...Selamat Bercuti bersama keluarga dan pergi dan pulang ke kampung.

Wednesday, June 22, 2016

Seminar Kimia Tingkatan 5.

Tempat : Kamar Al-Ghazali SMK Pt Betak.
Tarikh : 23 Jun 2016
Masa : 8.30
Sasaran : Pelajar Sains Tulen SMK Parit Betak, SMK Benut dan SMK Sri Tanjung Benut.