SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SMK PARIT BETAK

SMK Parit Betak, 82210, Benut, Pontian, Johor Darul Takzim.

"SPARK ONE GOAL"

Monday, June 6, 2016

Salam Ramadhan 1437H Kepada Semua Umat Islam



Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa diucapkan kepada seluruh umat Islam. Semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ini dapat kita mempertingkatkan lagi kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi setiap cabaran yang mendatang. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dari Barisan Pentadbir Sekolah, Guru dan staff SMK Parit Betak.

Monday, May 23, 2016

Program Peningkatan Disiplin dan Sahsiah Murid.


Disiplin adalah teras kejayaan seseorang murid serta menentukan kegemilangan sesebuah sekolah itu.Memandangkan disiplin  dan murid adalah 2 unsur yang saling berkait rapat maka Unit Hal Ehwal Murid bersama Unit Disiplin akan mengadakan 1 program ini dapat mencerna serta meningkatkan kesedaran tahap disiplin pada murid SMKPB.  Beberape pelajar yang dikenalpasti telah diberi ceramah oleh Wakil dari Balai Polis Pontian Tuan Inspektor Syed Ahmad Fuad.






Wednesday, May 18, 2016

Sambutan Hari Guru SMK Parit Betak

Sambutan pada tahun dijalankan secara sederhana dan meriah. Sambutan dimulakan dengan perarakan Guru dan Pelajar Cemerlang beserta Ibu Bapa diiringi dengan paluan kompang sekolah ke dataran Bestari.Tema pakaian pada tahun ini adalah Merah.Hadiah disampaikan kepada pelajar cemerlang 2015 seterusnya bacaan Perutusan ucapan hari guru dari Menteri dan Pengarah serta wakil pelajar.Selepas itu acara yang paling ditunggu iaitu nyayian " Kami Guru Malaysia " yang dinyanyikan oleh semua guru dan acara kemuncak dijalankan dengan acara pemotongan Kek Hari Guru Oleh Tuan Pengetua. Acara disambung dengan acara persembahan dari Murid dan Guru di dewan sekolah.








Monday, May 9, 2016

Tahniah Dan Selamat Datang Tuan Pengarah.



TN. HJ. SHAHARUDIN BIN SHARIF
PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Selamat Datang dan Tahniah atas Perlantikan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang baru menggantikan Tn Hj. Aminudin bin Adam.