SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SMK PARIT BETAK

SMK Parit Betak, 82210, Benut, Pontian, Johor Darul Takzim.

"SPARK ONE GOAL"

Wednesday, May 4, 2016

Tahniah Pasukan Kawad SMK Parit Betak

Keputusan Akhir Pertandingan Kawad Kaki:-

Puteri Islam - Naib Johan NGO
KRS ( Perempuan ) - Naib Johan
KRS ( Lelaki) - Johan

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

Sunday, May 1, 2016

Mini Karnival ERT 2016


Mini Karnival ERT telah diadakan di SMK Parit Betak pada 19 April 2016.Karnival  ini melibatkan Semua sekolah menengah daerah Pontian dan 6 pertandingan telah dijalankan. Pertandingan yang dijalankan adalah Gubahan Bunga, Memasak, Jahitan Manik, Kuiz ERT, Lipatan Napkin dan Jahitan Hiasan Keychain.Kemuncak karnival dirasmikan Oleh Tn Hj Abd Wahid Bin Mohd Yusof ( PPPD Teknik Dan Vokasional ). SMK Parit Betak telah berjaya mendapat Johan Keseluruhan.



Jahitan Manik

Gubahan Bunga






Ucapan dari Tuan Hj Wahid

Hadiah Disampaikan Oleh Tn Hj Wahid

Monday, March 28, 2016

Majlis Persaraan Pn Asiah Bt Senan

Selamat bersara Pn Asiah Bt Senan.Beliau telah berkhidmat 38 tahun di SMK Parit Betak dari tahun 1978 hingga 2016.Kami di pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga semoga Allah dapat membalas jasa baik Pn Asiah Bt Senan.Selamat menjalani kehidupan baru sebagai pesara.Terima Kasih Pn Asiah.






Wednesday, March 9, 2016

Program Solat Sunat Gerhana Matahari

Unit dakwah SMK Parit Betak telah menganjurkan program solat gerhana matahari sempena gerhana matahari separa yang dapat dilihat dimalaysia.Ini memberi peluang kepada semua pelajar,guru dan juga staf mendirikan solat sunat gerhana yang jarang jarang ditemui.Program tersebut diimamkan oleh Ustaz Samad B Abd Talib, pelajar mula berkumpul didataran bestari sejak pukul 7 pagi.Bermula dengan berzikir ringkas kemudian mendirikan solat sunat taubah seterusnya solat sunat dhuha dan solat sunat gerhana.