SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SMK PARIT BETAK

SMK Parit Betak, 82210, Benut, Pontian, Johor Darul Takzim.

"SPARK ONE GOAL"

Tuesday, May 11, 2021

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri


Kedatangan 1 Syawal 1442 Hijrah bersamaan 13 Mei 2021 Masihi sememangnya amat dinanti-nantikan kerana umat Islam di seluruh dunia mahupun di Malaysia akan merayakan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan selepas melaksanakan tuntutan agama yang juga antara lima Rukun Islam iaitu menunaikan ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadan.

Dikesempatan ini juga kami warga SPARK mengucapkan Seelamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. Jangan lupa untuk mengamalkan norma baharu. Terapkan amalan penjagaan diri dan teruskan jarakan sosial. Bersama-sama hentikan penularan wabak COVID-19.

Yang jauh itu Waktu, 
Yang dekat itu Mati, 
Yang besar itu Nafsu, 
Yang berat itu Amanah, 
Yang mudah itu Berbuat Dosa, 
Yang panjang itu Amal Soleh, 
Yang indah itu Saling Memaafkan. 
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin....


Norma Baharu di Sekolah

 


Norma Baharu di Sekolah : Saranan kepada Warga Sekolah


1️⃣ Saringan kesihatan di pintu masuk.

2️⃣ Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun / hand sanitizer.

3️⃣ Pematuhan jarak sosial.

4️⃣ Amalan etika batuk dan bersin yang betul.

5️⃣ Tiada aktiviti yang melibatkan perhimpunan.

6️⃣ Lakukan pembersihan pada permukaan yang kerap disentuh.

7️⃣ Buka tingkap dan pintu bagi pengudaraan yang baik.

8️⃣ Tandas sekolah sentiasa bersih.

Monday, August 24, 2020

TROLI KASIH SPARK

 TROLI KASIH SPARK

Troli kasih SPARK adalah satu program bagi membantu murid dimana keluarga kurang kemampuan dan pendapatan terkesan dengan pandemik covid-19. Troli ini menyediakan bekalan makanan secara percuma dan pelajar boleh ambil ketika waktu rehat. Semoga dengan adanya program ini dapat membantu para pelajar yang menghadapi masalah kekurangan wang dan dapat makan seperti pelajar-pelajar lain insyaallah.







Sunday, August 2, 2020

Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah


Sunday, May 12, 2019

Dialog Prestasi dan Program PLC

Program PLC antara pengetua dan PPD yang berlangsung pada 7 Mei 2019  berjalan dengan lancar.. Terima kasih di ucapkan kepada semua pengetua-pengetua daerah pontian dan pegawai daripada PPD pontian yang telah meluangkan masa melawat di sekitar kawasan sekolah.







Drama Komsas SMK Parit Betak

Tahniah di ucapkan kepada pelajar yang terlibat dengan drama komsas peringkat daerah dan berjaya menjadi johan! Doakan kejayaan mereka pada julai ini di peringkat negeri.






Lawatan Penanda Aras SMK Mahmud Iskandar

Lawatan penanda aras SMK Mahmud Iskandar ke Smk Parit Betak... Semoga ilmu yg di kongsikan dapat di manfaatkan bersama.. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke SPARK





Sunday, February 17, 2019

Kejohanan Olahraga Balapan Dan Padang SMK Parit Betak

Kejohanan olahraga SPARK kali ke-41 telah berjalan dengan lancar.. Terima kasih di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sukan pada kali ini.. Terima kasih di ucapkan kepada En Iswandi Bin Muhd Salam yg merupakan bekas pelajar dan usahawan berjaya yang sudi merasmikan majlis.. Tahniah di ucapkan kepada rumah sukan Tariq Ziad kerana menjadi johan pada kejohanan pada kali ini.








Tuesday, January 22, 2019

Kejohanan Merentas Desa SMK Parit Betak










Wednesday, January 16, 2019

Sambutan Maulidurrasul 1440 SMK Parit Betak.


Pada 9 Januari 2019 SMK Parit Betak telah mengadakan majlis memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW yang diadakan di Dewan sekolah. Tema sambutan pada tahun ini ialah “Menyantuni Umat Membawa Rahmat”. Ceramah telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Harryanto Rizal Bin Rokman.







Monday, December 31, 2018

Selamat Kembali Kesekolah



Selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar dan guru-guru. Terima kasih kepada seluruh warga sekolah dan ibubapa penjaga yang sentiasa membantu pelajar-pelajar sepanjang tempoh bercuti. 

Warga SMK Parit Betak mengucapkan selamat maju jaya kepada semua warga pendidikan dan pelajar dan Selamat Tahun Baru 2019.
Sekian, terima kasih.

Tahniah Kepada Semua Pelajar PT3 2018




Tuesday, November 13, 2018

Majlis Persaraan Hj Mohd Zin Bin Erjam dan Hj Sedan Bin Abd Rasid


Selamat bersara diucapkan kepada Tuan Hj Md Zin Bin Erjam dan Tn Hj Sedan Bin Abd Rasid. Seluruh warga SMK Parit Betak mendoakan semoga Tn Haji sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.
Terima Kasih, Selamat bersara dan jasamu tetap dikenang.