Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang merupakan salah satu acara pelancongan anjuran Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan kerjasama Tourism Johor, Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Majlis Pelayang Malaysia dan Persatuan Pelayang Johor.
Festival yang penuh berwana-warni ini diwartakan sebagai salah satu acara utama di dalam Kalendar Pelancongan Negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya. Diiktiraf sebagai salah satu acara festival layang-layang tahunan terbesar yang disertai oleh pelayang-pelayang seluruh tanah air dan antarabangsa dari seluruh dunia.
Melalui tema ‘Terokai & Warnai Tradisi” acara ini turut akan dipenuhi dengan persembahan, pertandingan,bengkel dan pameran wau atau layang-layang pelbagai kategori.
SMK Parit Betak telah mengambil bahagian Pertandingan layang-layang peringkat sekolah menengah Antarabangsa dimana pertandingan ini diwakili oleh sekolah-sekolah dari pelbagai negara antaranya Jepun,Brunei,Indonesia danlain-lain lagi.Pasukan Layang-layang SMK Parit Betak telah menghantar wakil bagi kategori :-
1- Pertandingan Layang-layang Rokaku - JOHAN
2- Pertandingan Layang-layang Dua Dimensi - JOHAN
3- Pertandingan Layang-layang Malay Train Kite - JOHAN
4- Pertandingan Layang-layang Bridge Arch Kite - JOHAN
5- Pertandingan Layang-layang Tiga Dimensi Terbuka - JOHAN
6- Pertandingan Wau Jala Budi Besar Terbuka - NAIB JOHAN
7- Pertandingan Layang-layang Rokoku - NAIB JOHAN
Kami dipihak sekolah mengucapkan TAHNIAH atas pencapaian yang amat membanggakan sekolah diperingkat Antarabangsa.